Saturday 9 November 2013

Percutian Ke Ao Nang, Krabi, Thailand

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..

Masih diberi kesempatan utk aku berkongsi pengalaman aku bercuti ke pantai Ao Nang, Krabi bersama isteri tercinta dan kakak ipar serta suaminya baru2 ini..




Percutian ni tak lah dirancang sgt.. pada peringkat awalnya..hanya aku dan isteri yang rancang nk p.. last2 minit kakak ipar aku pn nak p.. kebetulan diorang pn belum p honeymoon.. so, kami pun pakat2 p sama2..

Kami sepakat utk bertolak ke Krabi menggunakan jalan darat je.. Iaitu dari Bukit Kayu Hitam - Dannok - Hatyai - Krabi - Ao Nang.

* (kepada sesiapa yang malas nak baca.. boleh tengok video aku kat bawah sekali.. clip video perjalanan aku ke Kerabi.. hehehe.. enjoy!)





PARKING DI THE ZON, BUKIT KAYU HITAM

Kami bertolak menaiki kereta sendiri sampai ke Bukit Kayu Hitam. jangan risau..sebab parking kat sana selamat.. aku syorkan sapa2 yg nak parking, boleh la parking dalam The Zone.. parking semalaman dicaj RM15.. terpulang la korang nak parking berapa malam..

Bagi yang nak pergi sana musim cuti, baik korang berada kat imigresen Bukit Kayu Hitam awal2 pagi.. sebab memang jem la sapa yang masuk lewat.. bayangkan, aku start beratur jam 6pagi! Sejam beratur baru la lepas masuk ke tempat parking The Zon.. Jangan la risau, beratur dalam kereta je.. macam kat TOL tu.. sbb pegawai tu cek pasport. memang slow la.. waktu aku p, cuma 2 kaunter je bukak utk kereta.. sempat tido lagi dalam kereta.. hahaha..

So, lepas je parking kereta (di belakang The Zon utk yang nak parking bermalam) korang blh la jalan kaki ke imigresen Thailand pulak.. tak jauh.. dlm 500m je.. Kalau yg nk sewa van atau teksi, kat parking The Zon pun boleh dapat.. tp harga dia.. sendiri mau ingat la.. baik korang ambik je van shuttle service kat Dannok.. lebih ekonomi..

Isteri aku sempat posing di Laluan dari parking The Zon ke Imigresen Thai.. Tak jauh pun.





CEK IN IMIGRESEN THAILAND

Sebelum cek in di imigresen Thai, pastikan anda mendapatkan kad putih (white card) utk diisi butir2 peribadi anda.. kad ni blh didapati kat tepi imigresen.. dengan bayaran RM2, borang kita tu akan diisi oleh org yang jaga kad tu.. hanya bg pasport je kat dia.. pastu dia akn isikan.. sepatutnya borang tu diberi oleh imigresen malaysia waktu mendaftar masuk td, tp entah mcm mana, kami boleh tak dpt pulak.. hahaha..

Posing jap depan imegresan Thai.. Pastu kene tegur dgn polis Thai ' no photo sir' hehehe..


Masa cek in tu.. aku standby rm2 dlm pasport.. utk diberi pada imigresen Thai tu.. bkn nak merasuah, tp sekadar tips utk dia.. kalau tak bagi pun takpa.. tak da masalah pn.. boleh je masuk.. tp aku sengaja letak.. sebaik pegawai tu bukak pasport aku.. terus dia berubah muka dari serius ke senyum lebar semanis gula..

Abang ipar aku tengah beratur utk dapat kan Kad Putih. Akak tudung purple tu la yang tolong isikan kad kami. kene bayar rm2.





VAN SHUTTLE SERVICE / VAN SEWA KE HATYAI

Lepas cek in, aku pun berjalan ke tempat Van Shuttle Service. tak jauh pun.. dalam 300m je dari imigresen tu.. kat depan 7eleven.

Van Shuttle Service





Tapi memandangkan kami nk berjalan jauh, so, kami pun brakfast la dulu.. kat Dannok tu bnyk kedai muslim.. pilih je.. aku pilih kedai yang dekat dengan tempat ambil van tu.. Tapi tekak aku ni tak berapa selera dgn masakan org sana.. air teh.. punya la manis.. lps tu.. aku rasa dia x guna susu yg sama mcm kat Malaysia.. rasa tak berlemak.. tak boleh blah..







Bila perut dah kenyang, kami pun naik la van tu.. Aku p je kat kaunter depan 7e tu, kaunter dia simple je.. bukak meja je.. so aku pun tanya la.. Van ni ke Hatyai ke? Org tu pn angguk2 kepala 'Haddai! Haddai!' rupa nya dia tak fasih bahasa.. tambang ke Hatyai 60bht (rm6) seorang..
Van cantik..selesa.. tapi ruang kaki agak terhad..tak boleh nk melunjurkan kaki.. huhuhu..






VAN SHUTTLE SERVICE / VAN SEWA KE KRABI

Selepas 1jam perjalanan, kami pun sampai la kat stesen Hatyai. Memang bnyk giler van kat sana.. memang pengangkutan awam utama kat sana adalah van.. bas tak banyak.. Aku bernasib baik sebab driver van ni tau kami nak ke Krabi, so dia tolong cari kan van utk kami ke Krabi.. terbaik la abg van ni! Akhirnya kami pun dpt 1 van ni.. rupanya dlm van ni..penuh dgn pelancong dari Malaysia.. hahaha.. Driver van ni otai2.. nama dia Ben Heng.. tp blh bercakap dlm bahasa.. loghat pattani.. kira blh faham ler.. dia caj kami 600bht (rm60) seorang utk pergi dan balik (Hatyai - Krabi - Hatyai). Kira murah la ni.. Aku budget dlm rm80.. huhuhu..


Memang banyak van kat sini.



Van kami ni memang penuh.. Bayangkan la perjalanan 4 - 5 jam.. naik van yang tak boleh nak melunjurkan kaki korang, pehh!!! kebas siot! Pakcik van ni offer aku dan isteri duduk kat depan, aku pun setuju, sebab boleh ambik2 gambar.. so, isteri aku duduk tengah, aku tepi tingkap.. heeee.. rupanya dah separuh jalan, isteri aku mengeluh.. tempat duduk kat tengah tu keras.. tak selesa.. kesian kan isteri aku.. Aku sebagai suami yg romantik, terus pujuk isteri aku.. 'sabar eh sayang.. lepas kat perhentian nanti, kita tukar ye, sayang'. hehehehe...


Isteri aku hepi dapat duduk kat depan.. Mula-mula je hepi.. lepas tu kebas kaki.. tempat duduk keras.. hahaha..



Selepas 2 jam perjalanan, kami pun tiba di perhentian RnR Trang... tempat dia ok la.. tak mcm RnR kita.. ade jual macam2.. cuma nya.. RnR ni lengkap la kemudahan nya.. tempat makan, tandas dan surau disediakan.. Maka, blh la kita makan dan sebagainya.. hehehe.. rehat 15 - 30 minit..


Hentia RnR Trang


Dah selesai semua, kami pun sambung perjalanan ke Krabi.. kali ni, aku pulak duduk kat tengah.. peh! memang azab doh duduk tengah ni.. dah la ruang kaki sempit.. tempat nk sandar kepala pun takda.. terpaksa la aku menahan mata aku ni sepanjang perjalanan ke Krabi.. Isteri aku siap tido-bangun-tido-bangun.. tapi pasal sayang isteri punya pasal.. aku rela.. huhuhuhu..






TIBA DI HOTEL, AO NANG, KRABI

Alhamdulillah, selepas menempuhi azab selama 2 jam dalam van tu, kami pun selamat sampai di Krabi.. Tapi sebelum kami cek in hotel, pakcik van ni bawa kami singgah kat travel agen dulu.. utk kami pilih pakej2 menarik di sana.. pandai pakcik driver ni.. saja je bawa kami kat situ.. ade komisen la tu.. masyuukk.. tapi jangan risau, korang boleh je tak nak ambil pakej kat situ.. sebab kat pantai Ao Nang punya la banyak agen2 yang menawarkan pakej2 yg menarik..
Rajin dgn tak rajin je nk survey.. Aku biasa la.. dah siap2 survey harga lg sebelum berangkat ke Krabi.. so aku tau la serba sedikit harga2 kat sana.. supaya tak kena cekik dek org Thai nih.. hehehe.. Tapi akhirnya.. aku ambik juga pakej kat agen nih.. huhuhuhu.. sebab aku bagitau dia, aku boleh dapat harga lagi murah utk pakej ke 4 Island.. so, tawar punya tawar.. dia pun setuju dengan harga kami... yeayyyyy! Kami pun bayar la dgn hepi.. Kemudian pakcik driver ni hantar kami ke hotel masing2..


Lobi hotel


Dalam jam 4 ptg atau (3 ptg waktu Thai) kami puncek in kat hotel.. hujan pun turun selebatnya...
Disebabkan hujan yang lebat selama 1jam.. satu pekan Ao Nang black out.. Baru je aku nak melepaskan penat aku atas katil, sekali black ouk la pulak.. Terpaksa la aku membatalkan je niat aku tu.. Aku mengajak isteri dan kakak ipar aku utk keluar jenjalan.. lagi pun perut pun lapar..
Selepas 1 jam.. hujan pun berhenti.. Kami pun mencari kedai makan di sekitar Ao Nang.. memang banyak muslim food kat sini.. pilih je.. tapi harga dia.. memang antarabangsa ler.. telur dadar rm8.. TomYam rm30.. amacam? ade brannn? Tapi ade je kedai2 yang murah.. tapi tak jauh beza nya.. harga tetap antarabangsa.. hahaha.. kalau korang jenis tekak belasah punya.. boleh la korang makan kat warong2 tepi jalan je.. tapi jauh sikit la.. luar sikit dari Ao Nang.. Harga dia kira murah sikit la.. Tapi kalau banding dgn Malaysia.. Malaysia jauh lebih murah dan enak, OK!



Antara restoran yang ada sekitar Ao Nang





PANTAI AO NANG

Dah selesai makan, kami pun bayar.. 4 org makan.. rm95! Kat Malaysia makan lauk yg sama tak habis rm40, ok! Nak buat macam mana.. tempat orang.. hehehe..

Kami pun bersiar2 la sekitar pantai Ao Nang.. Memang banyak restoran kat sini... yang halal dgn tak halal.. bar dan pub pun berlambak.. tepuk dada, tanya selera.. kedai jual barang cenderahati pun banyak.. setiap kedai jual barang yang hampir sama je.. harga je berbeza.. pandai2 la korang deal harga.. Tapi memang best la bejalan sekitar Ao Nang ni.. Selesa dan bersih.. orang dia pun peramah..






Isteri aku ni memang pemalu sikit kalau nak bergambar.. Tapi kalau time mood dia cantik.. memang banyak la pose yg comel comel.. hehehe

Sun set (matahari terbenam) memang terbaik.. sgt cantik.. kebetulan pulak tadi hujan.. so, cuaca memang clear la.. boleh nampak pulau2 yg jauh kat tengah sana tu..






Kan aku dah kata.. kalau mood isteri aku cantik.. ce tengok dia posing.. hahaha.. comel je..


Dah penat bergambar dengan sun set, kami pun menyewa motor tut tut ke night market Krabi.. 100bht / rm10 seorang.. boleh naik dlm 4 orang.. ngam2 je kami naik atas motor nih.. hehehehe.. perjalanan dalam 15 - 20 minit utk ke night market.. mulanya memang excited.. hepi2 je.. dah tu.. lama sgt atas motor.. masing2 mula dh boring.. hahahaha..


Ni la dia motor tut tut...


NIGHT MARKET, KRABI

Night market ni tak jauh beza dengan uptown / downtown kite kat KL.. yang bezanya.. sini jual t-shirt i love krabi dgn key chain krabi.. yang lain2 tu.. kat uptown KL pun ada.. Utk pengetahuan korang.. kalau nak beli cenderahati ke, t-shirt ke.. elok beli kat sini.. sebab kat Ao Nang, harga agak mahal.. maklum la.. sana kan tumpuan pelancong dollar.. hehehe..
Dah selesai pusing2 night market.. kami pun balik ke hotel.. kali ni kami naik tut tut pulak.. memandangkan dah lewat malam.. driver tut tut tu caj kami 60bht / rm6 seorang.. teruk betul.. nak tak nak.. naik je la.. kalau waktu biasa, harga tut tut ni cuma 20bht / rm 2 je sorang.. hehehe..





Tut Tut ni murah. hehehe..





4 ISLAND (4 PULAU) / CHICKEN ISLAND / TUP ISLAND / PODA ISLAND / PHARANANG BEACH

Suasana pagi kat Ao Nang ni memang nyaman.. sunyi.. aku bangun utk solat suboh.. tengok Ao Nang dari hotel.. tenang je.. jalan pun tak sibuk..

Agen ke 4 pulau kami datang ambik kat hotel jam8.30 (waktu Thai). Memandang kan kami tak nak perut kosong naik bot.. kami pun sepakat utk brakfast dulu.. Pagi2 sini.. tak banyak restoran yg bukak.. so, kami pun beli je kat 7e.. hehehehe.. bwk balik makan kat lobi hotel.


Tengah tunggu van nak ke pantai Ao Nang

8.45am. Van pun datang menjemput kami.. agak lewat.. kami ingat kena tipu ke ape.. siap mintak bos hotel kami, call agen tu.. hahaha..
Sampai je kat pantai Ao Nang.. dh ramai yang menunggu.. banyak bot yang parking tepi pantai.. bersidap sedia utk bawak pelanggan.. kami punya bajet agak ekonomi.. so kami pilih utk naik long tail boat berbanding speedboat.. kelajuan kedua bot ni agak ketara.. hahaaha.. kalau dh nama speedboat tu.. dia punya pergi.. tak payah ckp la.. yang kami ni.. hmmm... tp ok la.. selesa jugak..

Long Tail Boat dan Speed Boat.. pilihan di tangan anda..hahaha..

Dalam long tail boat.. seat empuk, ada arm rest, ada air cond, tingkap pun ada.. hahaha.. antarabangsa sangat..

Destinasi pertama. 15minit dari pantai Ao Nang, Pharanang Beach.. kat sini.. bot akn berhenti selama 1 jam.. kami diberi pilihan oleh kapten kapal.. sapa nk berjalan2 sekitar pantai pun boleh, nak mandi pun boleh.. cukup sejam dtg balik kat bot.. Disebab kan terpaku dengan kejernihan air kat pantai nih.. kami tak pikr bnyak dh.. kami nekad utk berendam! hahaha.. Air pantai ni, punya la cantik.. jernih.. Mandi punya mandi, tak sedar dh 1 jam.. hahaha.. dgn perasaan yg tak puas.. kami pun naik ke bot. huhuhu..











Destinasi ke dua. Poda Island. Kat sini, kami berhenti selama 1jam.. Air di sini pun, boleh tahan jernihnya.. memang best.. Siap boleh bagi ikan makan lagi.. jinak je.. rasa mamcam nak tangkap je ikan2 nih.. hehehe.. Kat sini juga.. kami berhenti utk makan tgh hari. makanan ala bufet.. yang dibawa oleh bot yg kami naik tadi.. memang makanan  ni free. termasuk dalalm pakej kami ambik.. Makanan yg disediakan, nasi putih - ayam masak lemak - sup sayur. InsyaAllah halal.. hehehe..




Destinasi ke tiga. Snorkeling. Tak tau ape nama pantai ni.. sebab dia drop kami kat tengah laut utk snorkeling.. hehehehe.. walaupun air laut ni kedalamannya kira2 10 - 15 kaki.. tapi kita masih boleh nampak dasarnya.. memang jernih.. tapi gayat pun ada.. hahaha.. memang best giler snorkeling kat sini.. banyak bot2 yang akan parking kat sini.. so, ramai la yg snorkeling kat sini.. hehehe.. best!









Destinasi ke empat. Chicken Island. Kat sini.. kami hanya melawat pulau ni dari jauh je.. bot tak singgah kat pantai.. kami pun diberi masa utk mengambil gambar.. memang betul pun, dari jauh tgk batu tinggi kat pulau ni, mcm kepala ayam botak je. hehehe..


Tu lah kepala ayam nya.. hahaha..

Destinasi terakhir. Tup Island. Kat sini ade 2 pulau yang bersebelahan.. Bila air laut beransur surut, akan ada satu batasan pasir yg menghubungi kedua pulau ni.. kita boleh jenjalan kat pasir tu utk ke seberang pulau.. memang best.. Air dia, jangan kata la.. mcm kristal.. jernih.. tapi lagi best kalau kite seberang masa air baru nak surut, lebih kurang paras pinggang.. sebab kalau dh surut paras buku lali, dah tak syok nk main2 air kat tengah tu.. hehehe.. pasir kat pantai pulau ni, memang la putih.. halus2 je.. banyak la mat2 salleh yg bejemur kat sini.. kat sini pun ade bukak 1 gerai makanan.. tapi jual mcm keropok2 je.. sapa lapa, boleh la beli.. harga dia, kira double kot.. 
















Dah puas bermain2 selama sejam.. kami pun di panggil naik bot utk balik semula ke pantai Ao Nang.. Huh! malas je rasa nak balik.. sebab tak puas lagi nak berendam.. Atas bot, kami dihidangkan pula buah tembikai.. sebagai ucapan terima kasih dari kapten bot.. huhuhu.. kalau ada sapa2 yg nak bg tip kat kapten, kat depan bot, ade disediakan tabung.. ikut keikhlasan hati masing2.. hehehehe..


Ini lah kapten kapal yang panggil kami naik bot... hahaha.. Jack Sparrow..

Bot tak dapat hantar kami ke tepi pantai Ao Nang.. sebab air surut.. 

Turun bot kat tengah-tengah laut..
Penat meredah lautan.. hahaha...






BALIK SEMULA KE MALAYSIA

Hari ke tiga.. Bangun pagi.. boring je rasa nk packing barang.. hari ni, last day utk balik ke Malaysia.. Kami janji dgn pakcik van utk jemput kami jam 10am (waktu Thai). Macam biasa, kami bangun awal utk keluar brakfast dulu.. kali ni kami naik tut tut utk bawa kami ke warung muslim food.. kat sini, harga dia murah sikit.. takda murah sgt.. Tokeh tu cakap.. cheaper.. cheaper.. hmmm ape murah nye ntah la.. hahaha.. bedal je la.. dah lapar perut nih.

Kedai yang dikatakan cheaper.. mitos je..




SINGGAH SHOPPING DI HATYAI






SEKIAN, TERIMA KASIH

Jumpa lagi di percutian kami yang seterusnya.. tunggguuuuuu....

********************************************************************************
TIP UNTUK KE KRABI

* Sesapa yang nak p sana, nak merasai suasana kampung masyarakat Thailand, boleh la pergi macam kami ni.. ekonomi..
Tapi aku nasihat kan korang.. kalau ade duit sikit.. booking la flight tambang murah.. sebab tak berbaloi nak naik van 4-5 jam ni.. azab siol! Tak best pun.. boring dalam van.. rugi masa nak terkinja kinja kat Ao Nang nanti.. huhuhu..

* Perbelanjaan yang kami habis utk ke Krabi :
- Hotel 2mlm                                               rm200
- Parking kereta di The Zon (2mlm)         rm30
- Van ke Hatyai (return)                             rm12
- Van ke Krabi (return)                              rm60
- Pakej ke 4 Island                                     rm40
- Makan utk 3d2n                                       rm150
                                                Jumlah :    RM492
*harga ni utk seorang.. sebenarnya boleh potong kat hotel.. sebab boleh berkongsi bilik..


Trips to Krabi