Monday 7 July 2014

PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL PUTRAJAYA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk berkongsi pengalaman isteri aku yang bersalin di Hospital Putrajaya.. Pengalaman ni dari perspektif seorang suami.. Semoga dapat memberi sedikit maklumat untuk anda.

Seperti biasa, isteri aku membuat check-up mingguan yang kini sudah pun masuk minggu ke 38 di klinik berhampiran rumah. Dua-tiga hari sebelum ni, memang isteri aku ada rasa-rasa sakit dekat ari-ari dia, construction bersalinnya semakin kuat, tetapi tidaklah sekerap mana. Aku tenangkan isteri minta dia bersabar tunggu hari check-up.

Dipendekkan cerita, doktor yang buat check-up tu, minta isteri aku refer ke hospital kerana costruction isteri semakin kerap. Doktor tu siap beri isteri aku surat untuk diberi kepada hospital.

Waktu itu baru 11.00 pagi, hari isnin. Aku minta isteri aku balik rumah dahulu, lepas lunch baru pergi hospital. Alhamdulillah, isteri aku setuju. Aku beli makanan bungkus, makan di rumah. Selesai solat zohor, aku pun bawa isteri ke hospital berhampiran, Hospital Putrajaya.

Isteri saya bersedia nak ke hospital.



Alhamdulillah, perjalanan ke hospital lancar, lampu isyarat semua hijau, kebetulan juga, dapat parking depan dewan bersalin.. hihihi.. Untuk makluman, dewan bersalin terletak bersebelahan bangunan unit kecemasan. Untuk senang ke dewan bersalin, masuk melalui traffic light IPD Putrajaya belok kiri, kemudian belok ke kanan.

Kaunter pendaftaran di Wad Bersalin.

Unit Kecemasan, bersebelah Wad Bersalin.

Bangunan Wad Bersalin.


Sampai sahaja di dewan bersalin, aku serahkan surat doktor tadi ke jururawat yang bertugas di kaunter. Kemudian jururawat tersebut akan bertanyakan beberapa soalan. Jururawat di sini melayan kami dengan baik. Lemah lembut. Segala persoalan yang ditanaya, mereka jawab dengan tenang. Pastikan bawa sekali buku merah isteri. Isteri aku terus dibawa masuk ke bilik dewan bersalin. Suami kena tunggu di lobi wad. hihihi. pastikan anda dan isteri bawa sweater. Suhu dalam dewan bersalin ni, agak sejuk.

Setelah hampir dua jam menunggu, akhirnya isteri aku menelefon aku. Dia kena tahan wad, kerana construction yang kuat. Jururawat memanggil aku, minta aku pergi daftarkan isteri, kebetulan ade satu katil kosong. Jururawat tersebut siap bagi aku arahan jalan ke kaunter pendaftran dengan sopan. Tanpa berlengah, aku pun pergi mendaftar. Alhamdulillah, sekali lagi, urusan semuanya lancar.


Kaunter pendaftaran, di tengah lobi hospital.

Kad dan tanda nama diberi selepas mendaftar.



Setelah mendaftar, anda kena serah kan kad yang anda dapat kepada jururawat di dewan bersalin, kemudian barulah isteri anda akan ditolak ke wad ibu-ibu bersalin.

Menu pertama di wad, ayam percik tu.. menu memang terbaik.
Isteri sedang menunggu penuh debar. Maklumlah, pengalaman pertama.

Isteri aku ditempatkan di wad 2, berkongsi bilik. Empat orang dalam satu bilik. Wad yang selesa, aircond, makanan yang lazat. Aku pun tumpang makan makanan isteri.. huhuhu..

Isteri mendapat perkhabaran yang kurang enak dari doktor, doktor terpaksa mempercepatkan proses bersalin  yang dipanggil induce. Ini kerana bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada bayi disebabkan air ketuban yang kurang. Selepas diberi penjelasan yang memuaskan, isteri aku redha. Keesokkan pagi doktor akan memasukkan ubat induce tersebut.

Waktu melawat sudah pun habis, aku dengan berat hati nya meninggalkan isteri tercinta di hospital. Tapi, aku kena datang semula untuk menghantar pakaian dan kelengkapan isteri untuk bersalin.

Tiba waktu pagi, isteri aku talipon, dia sudah dimasukkan induce, bukaannya pun baru 1cm. kena tunggu bukaan sehingga 4cm barulah isteri ditolak ke dewan bersalin. Aku perbanyakkan berdoa.

Jam12pm. Kali ini isteri kerap mengadu sakit, lebih kerap dari semalam. Kesan dari induce sudah mula terasa. Tak sampai hati aku melihat isteri yang kesakitan. Aku urut belakang isteri, ini dapat meringankan sedikit perasaannya yang sedang sakit. Aku paksa isteri untuk makan supaya dia mempunyai tenaga yang cukup untuk meneran nanti. Jam 2pm, sekali lagi isteri dipanggil untuk diperiksa bukaan. Aku tunggu keputusan isteri di lobi hospital.

Jam 4pm, isteri talipon aku, dia akan dibawa ke dewan bersalin, bukaannya sudah 4cm. Aku pun terus pergi ke dewan bersalin menunggu untuk jururawat memanggil aku.

Akhirnya, masa yang ditunggu telah tiba, jururawat memanggil aku. Sebelum masuk ke dewan bersalin, suami perlu membaca dan menandatangani beberapa borang. Baca dengan teliti, kemudian sain. Jururawat akan mengiringi anda ke bilik bersalin isteri anda. Di dalam dewan bersalin ini terdapat banyak bilik-bilik kecil untuk proses bersalin. Isteri akan dipisahkan dengan dinding-dinding bilik tersebut. Turut kelihatan jururawat dan doktor berkeliaran sibuk di dalam dewan bersalin.

Borang yang perlu dibaca dan ditandatangani.

Borang yang perlu dibaca dan ditandatangani.



Terdapat tirai di pintu-pintu bilik bersalin, selak sahaja tirai, terus aku ternampak isteri yang sedang terbaring di atas katil bersalin dengan reaksi mukanya yang sedang menahan kesakitan. Hati suami mana yang tak sayu melihat isteri yang sedang menahan kesakitan untuk memberi kita zuriat. Isteri aku sempat melemparkan senyuman ketika aku melangkah masuk. Perlahan-lahan aku usap pinggang isteri, di situ lah tempat yang paling sakit. Aku bisik ditelinga isteri zikir-zikir mengagung kan Allah.

Tiba-tiba isteri suruh aku mintakan pada jururawat ubat tahan sakit, dia dah tak tertanggung rasanya. Aku pun keluar jumpa jururawat minta ubat tahan sakit. Jururawat tu kata, tak perlu bagi, sebab isteri aku bukaan dia dah hampir 9cm. Nanti jururawat masuk bantu isteri aku bersalin. Selang beberapa minit, jururawat masuk, aku disuruh tunggu di depan pintu bilik. Di sini aku dapat mendengar jeritan ibu-ibu yang nak melahirkan anak di bilik-bilik lain. Jururawat dan doktor aku tengok, tak duduk diam. Ke hulu ke  hilir. Sempat aku habis baca satu surah Yassin, sementara menunggu doktor panggil aku semula.

Jururawat panggil aku masuk, aku tengok kaki isteri sudah diangkat di atas palang katil, perasaan ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gementarnya aku. Terpaksa melintasi depan isteri untuk pergi ke kepala dia. Tak sanggup aku nak melihat..

Doktor dan jururawat suruh isteri aku teran dengan kiraan 1.. 2.. 3.. push! sambil doktor dan jururawat menolak-nolak perut isteri ke bawah. Aku tengok isteri dah berpeluh dahi dia, tapi mulut tak lekang dengan nama Allah walaupun ada ketikanya, isteri aku menjerit kesakitan. Aku mengusap-usap dahi isteri sambil mencium dahinya. Setelah beberapa percubaan meneran oleh isteri aku, usahanya mula menampakkan hasil, kepala bayi sudah nampak sedikit, doktor panggil aku untuk tengok kepala anak aku yang baru keluar sedikit itu, tapi aku menolak, takut.. hihihi.. Sekali lagi doktor dan jururawat meminta isteri aku teran sekuatnya, takut anak lemas di pintu rahim. Alhamdulillah, dengan sekali teran dan bantuan doktor dan jururawat yang menolak perut isteri, terkeluarlah kepala anak aku. Dari atas kepala isteri, aku boleh nampak kepala anak aku keluar, Allah.. betapa Allah sahaja yang tahu saat itu. Akhirnya isteri aku meneran sekali lagi, kali ini lebih mudah. Anak aku keluar kesemua anggota badannya sambil disambut oleh doktor. Tepat jam 5.52pm, anak aku dilahirkan. Doktor mengangkat anak aku ke atas dengan tali pusatnya masih belum putus, Doktor suruh aku pastikan jantina anak aku itu. 'Alhamdulillah, perempuan, perempuan, sayang!' aku melihat wajah isteri aku. Sebenarnya aku dah pun tahu jantina anak aku tu, sebab dah buat scan sebelum ni, cuma ketika itu, teruja lebih. hahaha..

Doktor letak anak aku di dada isteri, sambil jururawat membersihkan baby. Tangan baby yang lembut itu, mengusap-usap bibir isteri sambil menangis seolah-olah sedang mengucapkan tanda terima kasih kerana melahirkannya. Aku sebak tengok suasana ini. Tak sangka air mata aku mengalir. Betapa anak yang selama ini di dalam perut, telah pun keluar dengan cukup sifatnya.. Doktor meminta izin pada isteri untuk memotong tali pusat anak. Kemudian aku dia arah tunggu di luar.

Selang 30mint, aku tanya jururawat, sama ada aku dah boleh masuk ka? Aku belum azan kan baby lagi. Jururawat itu minta kebenaran pada doktor dan aku dibenarkan masuk. Isteri dan anak aku aku masih di dalam bilik tadi, anak dah pun diselimutkan. Isteri aku pertama kalinya dalam hidup dia, menyusukan anak. Aku dapat lihat riak wajah isteri aku yang penuh dengan kegembiraan mendukung anak nya, walaupun dalam keadaan sakit lagi. Perlahan-lahan aku mencium dahi isteri dan pipi anak aku. Aku minta izin untuk dukung anak, nak iqamat dan azan di telinganya. Dengan suara yang penuh lemah lembut, aku iqamat dan azan di kedua-dua belah telinga anak aku. Aku sudah pun menjadi seorang bapa sekarang ni.. Alhamdulillah...

7pm, Isteri aku dibawa masuk wad. Keesokan tengah hari, isteri dibenarkan pulang. Sebulum itu, aku kena selesaikan dahulu bil-bil hospital. Alhamdulillah, kerana aku akitangan kerajaan, semua perbelanjaan ditanggung beres. Aku hanya maklumkan kepada kaunter bayaran, aku kakitangan kerajaan. Dia akan semak status kita dengan online. Yang penting kita update HRMIS. huhuhu..

Kaunter bayaran, di lobi hospital.


Sepanjang proses isteri aku bersalin, aku sangat berpuas hati dengan service yang diberikan oleh kakitangan Hospital Putrajaya. Layanan yang mesra. Semua yang aku tanya, mereka jawab dengan tenang.


Puteri hati ku, Aina Insyirah


Sebelum nak check-out.. hihihih..


Wednesday 15 January 2014

URUSAN KEMASUKAN KE KUATERS PUTRAJAYA

Alhamdulillah..

    Setelah hampir dua tahun aku memohon kuaters, akhirnya dapat juga. Mungkin ini rezeki aku setelah berkahwin.. Selepas dua bulan berkahwin, aku pun dapat la tawaran kuaters ni. Pada awal aku memohon tempoh hari, nombor giliran aku adalah yang ke 700.. Itu pada dua tahun yang lepas.. Memang aku tak berharap sangat lah untuk dapat kuaters dalam tempoh tiga tahun, sebab aku tengok pergerakan nombor giliran ni sangat perlahan. Tapi selepas aku berkahwin, aku hantar salinan sijil nikah ke BPH. Untuk update status aku. hehehe..

   Kepada yang baru saja terima surat penempatan kuaters, aku ucapkan tahniah.. Urusannya tidaklah susah sangat.. Cuma kena la standby duit yang lebih sikit.. hahaha.. 

   Antara kos yang anda kena tanggung ialah deposit kuaters (bergantung pada gred anda serendah RM150 dan keatas), deposit air (SYABAS), deposit elektrik (TNB) dan stem hasil (LHDN).

   Untuk urusan yang senang bagi proses membayar, aku mula dari pembayaran TNB dulu. Bermula dari Putrajaya hingga ke Bandar Baru Salak Tinggi.

  Untuk pembayaran TNB, anda boleh buat bayaran di Presint 4 (Galeria) bersebelahan dengan Secret Recipies, (No 10, Ground Floor, Galeria PJH, Persiaran Perdana, Presint 4) kemudian boleh terus ke LHDN Cyberjaya.. tak jauh pun dari Putrajaya.

GALERIA, Presint 4
LHDN Cyberjaya



Peta dari TNB presin 4 ke LHDN cyberjaya
  Untuk urusan TNB, anda perlu bayar deposit sebanyak RM320. Memang mahal. Bila aku tanya kawan lama yang dah masuk kuaters, mereka kata, dulu tak mahal sampai macam ni. Harga ni mungkin baru.. Jadi kepada yang dapat kuaters tu, jangan terperanjat dengan harga yang baru ni. hahahaha..

  LHDN pula anda diminta untuk bayar RM28, untuk stem hasil. Kaunter stem hasil ni ada di level G, LHDN. Sebelah kiri pintu utama LHDN.

  Kemudian boleh terus ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) untuk urusan pembayar deposit SYABAS pula.. Deposit SYABAS sebanyak RM130. Agak Jauh juga. Dalam 25km kalau dari LHDN Cyberjaya. PERINGATAN yang menggunakan GPS untuk mencari jalan ke SYABAS BBST ni, sebab kebanyakkan GPS akan tunjuk direction SYABAS yang lain, walaupun andah sudah memasukkan alamat yang betul.

Direction yang salah :

Dari LHDN -
Imej penuh perjalanan dari LHDN Cyberjaya ke SYABAS BBST

Direction yang salah ; masuk di persimpangan Bary Inn / The YouniQ Hotel.

Direction yang betul :

Dari LHDN Cyberjaya - 
imej penuh perjalanan dari LHDN Cyberjaya ke SYABAS BBST


Direction yang betul adalah masuk simpang di hadapan selepas simpang Bari Inn, Land MArk ialah SIRIM

   Kemudian, anda boleh terus ke BPH, JPM Presint 2 untuk urusan membayar deposit kuaters pula. Jumlah deposit kuaters ni bergantung pada jenis kuaters yang anda dapat. Mengikut Gred.

   Setelah selesai kesemua di atas, jangan lupa untuk photostat kesemua resit deposit yang anda bayar tadi. Untuk diberikan kepada BPH. Perkhidmatan photostat ada di dalam cafeteria sebelah balai pengawal JPM.

   Selepas itu, bawa kesemua dokumen yang telah anda siapkan ke kaunter BPH untuk urusan pengambilan kunci rumah. Pastikan semua dokumen anda sudah diisi dan dicop oleh jabatan anda.

   Nampak macam rumit, sebenarnya mudah jika anda sudah merancang perjalanan anda. Aku cuma mengambil masa tak sampai 3 hari untuk dapatkan kunci kuaters ini. Hari pertama, ambil surat tawaran kuaters di BPH, JPM. Hari kedua, isi dokumen yang diperlukan dan dapatkan cop jabatan. Hari ketiga, buat pembayaran deposit - deposit. Aku keluar awal pagi untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan orang ramai. Jam 7.30am aku dah terpacak di depan TNB presint 4, dan jam 10am aku dah selesaikan semua urusan deposit. Jam 11am aku dah dapatkan kunci kuaters di BPH.

Sekian, Terima Kasih. Semoga ini dapat membantu serba sedikit urusan anda untuk memasuki kuaters.

   * nota : urusan TNB dan SYABAS untuk pasang ke rumah anda adalah 3 hari waktu bekerja. Untuk cepat, anda talipon TNB dan SYABAS selalu. 
   Macam aku dah kena, hari ketiga aku pergi masuk rumah, SYABAS tak siap lagi pasang. Barang semua dah masuk, tapi tak ada air. Aku talipon SYABAS, dia beritahu paip valve aku tak ada, aku kena minta maintenance BPH pasangkan dulu. (tepuk dahi aku, sebab masa tu sudah pukul 4 petang, barang semua dah masuk rumah, waktu pejabat dah nak habis). Memang mengamuk lah aku dekat SYABAS masa tu.