Wednesday 15 January 2014

URUSAN KEMASUKAN KE KUATERS PUTRAJAYA

Alhamdulillah..

    Setelah hampir dua tahun aku memohon kuaters, akhirnya dapat juga. Mungkin ini rezeki aku setelah berkahwin.. Selepas dua bulan berkahwin, aku pun dapat la tawaran kuaters ni. Pada awal aku memohon tempoh hari, nombor giliran aku adalah yang ke 700.. Itu pada dua tahun yang lepas.. Memang aku tak berharap sangat lah untuk dapat kuaters dalam tempoh tiga tahun, sebab aku tengok pergerakan nombor giliran ni sangat perlahan. Tapi selepas aku berkahwin, aku hantar salinan sijil nikah ke BPH. Untuk update status aku. hehehe..

   Kepada yang baru saja terima surat penempatan kuaters, aku ucapkan tahniah.. Urusannya tidaklah susah sangat.. Cuma kena la standby duit yang lebih sikit.. hahaha.. 

   Antara kos yang anda kena tanggung ialah deposit kuaters (bergantung pada gred anda serendah RM150 dan keatas), deposit air (SYABAS), deposit elektrik (TNB) dan stem hasil (LHDN).

   Untuk urusan yang senang bagi proses membayar, aku mula dari pembayaran TNB dulu. Bermula dari Putrajaya hingga ke Bandar Baru Salak Tinggi.

  Untuk pembayaran TNB, anda boleh buat bayaran di Presint 4 (Galeria) bersebelahan dengan Secret Recipies, (No 10, Ground Floor, Galeria PJH, Persiaran Perdana, Presint 4) kemudian boleh terus ke LHDN Cyberjaya.. tak jauh pun dari Putrajaya.

GALERIA, Presint 4
LHDN Cyberjaya



Peta dari TNB presin 4 ke LHDN cyberjaya
  Untuk urusan TNB, anda perlu bayar deposit sebanyak RM320. Memang mahal. Bila aku tanya kawan lama yang dah masuk kuaters, mereka kata, dulu tak mahal sampai macam ni. Harga ni mungkin baru.. Jadi kepada yang dapat kuaters tu, jangan terperanjat dengan harga yang baru ni. hahahaha..

  LHDN pula anda diminta untuk bayar RM28, untuk stem hasil. Kaunter stem hasil ni ada di level G, LHDN. Sebelah kiri pintu utama LHDN.

  Kemudian boleh terus ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) untuk urusan pembayar deposit SYABAS pula.. Deposit SYABAS sebanyak RM130. Agak Jauh juga. Dalam 25km kalau dari LHDN Cyberjaya. PERINGATAN yang menggunakan GPS untuk mencari jalan ke SYABAS BBST ni, sebab kebanyakkan GPS akan tunjuk direction SYABAS yang lain, walaupun andah sudah memasukkan alamat yang betul.

Direction yang salah :

Dari LHDN -
Imej penuh perjalanan dari LHDN Cyberjaya ke SYABAS BBST

Direction yang salah ; masuk di persimpangan Bary Inn / The YouniQ Hotel.

Direction yang betul :

Dari LHDN Cyberjaya - 
imej penuh perjalanan dari LHDN Cyberjaya ke SYABAS BBST


Direction yang betul adalah masuk simpang di hadapan selepas simpang Bari Inn, Land MArk ialah SIRIM

   Kemudian, anda boleh terus ke BPH, JPM Presint 2 untuk urusan membayar deposit kuaters pula. Jumlah deposit kuaters ni bergantung pada jenis kuaters yang anda dapat. Mengikut Gred.

   Setelah selesai kesemua di atas, jangan lupa untuk photostat kesemua resit deposit yang anda bayar tadi. Untuk diberikan kepada BPH. Perkhidmatan photostat ada di dalam cafeteria sebelah balai pengawal JPM.

   Selepas itu, bawa kesemua dokumen yang telah anda siapkan ke kaunter BPH untuk urusan pengambilan kunci rumah. Pastikan semua dokumen anda sudah diisi dan dicop oleh jabatan anda.

   Nampak macam rumit, sebenarnya mudah jika anda sudah merancang perjalanan anda. Aku cuma mengambil masa tak sampai 3 hari untuk dapatkan kunci kuaters ini. Hari pertama, ambil surat tawaran kuaters di BPH, JPM. Hari kedua, isi dokumen yang diperlukan dan dapatkan cop jabatan. Hari ketiga, buat pembayaran deposit - deposit. Aku keluar awal pagi untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan orang ramai. Jam 7.30am aku dah terpacak di depan TNB presint 4, dan jam 10am aku dah selesaikan semua urusan deposit. Jam 11am aku dah dapatkan kunci kuaters di BPH.

Sekian, Terima Kasih. Semoga ini dapat membantu serba sedikit urusan anda untuk memasuki kuaters.

   * nota : urusan TNB dan SYABAS untuk pasang ke rumah anda adalah 3 hari waktu bekerja. Untuk cepat, anda talipon TNB dan SYABAS selalu. 
   Macam aku dah kena, hari ketiga aku pergi masuk rumah, SYABAS tak siap lagi pasang. Barang semua dah masuk, tapi tak ada air. Aku talipon SYABAS, dia beritahu paip valve aku tak ada, aku kena minta maintenance BPH pasangkan dulu. (tepuk dahi aku, sebab masa tu sudah pukul 4 petang, barang semua dah masuk rumah, waktu pejabat dah nak habis). Memang mengamuk lah aku dekat SYABAS masa tu.