Wednesday 20 February 2019

Pantai Di Putrajaya / Pantai Buatan Putrajaya

Siapa sangka, di Putrajaya pun ada pantai.

Pantai di Putrajaya atau Pantai Buatan Putrajaya terletak di Presint 6, bersebelahan Kompleks Sukan Air dan Hotel Pullman.

Pantai ini bukanlah pantai yang sebenar, cuma keadaan ia dibuat, kelihatan seperti pantai. Terdapat pasir pantai dan pokok kelapa di tepian air.

Lokasi yang menarik dan redup di waktu petang. Pasir yang bersih. Parking kereta juga luas dan berdekatan dengan pantai. Terdapat tandas dan bilik air untuk membersihkan diri selepas bermandi.




Pantai ini sesuai untuk kanak-kanak. Kedalaman air dalam 1 kaki. Sumber airnya daripada tasik. Air tasik mengalir melalui saluran bawah tanah. Airnya sentiasa mengalir keluar dan masuk. Terdapat tebing yang memisahkan antara tasik dan pantai.

Keadaan airnya tidaklah begitu bersih, terdapat sedikit lumut-lumut di dasar pantai. Airnya jernih. Tapi kalau dah anak-anak melompat, airnya bertukar keruh.



Selain dari pantai, di sini juga terdapat trek untuk jogging dan berbasikal. Selain dari permandangan yang cantik.

Amat sesuai untuk bawa keluarga berkhelah di sini. Cuma tidak boleh mengadakan sebarang majlis sebelum mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa.


Sekian saja perkongsian saya.