Thursday, 24 October 2013

Pendaftaran Buku Pink / Buku Merah Di Klinik Kesihatan ( Bagi Ibu Yang Mengandung)


Alhamdulillah...

Berbekalkan pengalaman yang baru je aku lalui.. Di sini aku nak berkongsi sedikit pada para suami di luar sana yang baru menghadapi situasi ni.. aku ada beberapa tips utk dikongsi bersama.. hehehe..


Isteri aku mengadu pada aku yg period dia tak datang / lewat.. dah dekat 1 minggu.. jadi aku mula syak yg kemungkinan sesuatu yg positif berlaku pada isteri aku.. dia mula rasa mual-mual, pening2 kepala..sakit2 badan yang berlarutan sepanjang 2-3 hari.. aku pun bergegas ler ke farmasi utk beli pregnancy test yg berharga rm8.. so aku pun beli lah dua.. saja untuk kepastian..

Kemudian, isteri aku pun test la buat pertama kali, utk pertama kali test, memang ada naik 2 bar color merah pada tester tu, tp satu terang, satu lagi kabur.. aku tak puas hati, pastu aku minta isteri aku utk test lagi seklai selang 3 hari selepas tu.. alhamdulillah.. kali ni timbul 2 color merah yang terang.. aku pun mula merancang utk bawa isteri ku utk ke klinik...

                                                    Ni la keputusan pregnancy test isteri aku.

Maklumlah, ni pengalaman pertama aku berdepan dgn situasi mcm ni, so aku pun bertanya la pada kwn aku yg serba tau ni, iaitu en. https://www.google.com.my/ macam2 info yang aku dapat.. so aku buat la penilaiannya utk ke klinik swasta atau ke klinik kerajaan.. setelah berbincang dgn isteri aku, akhirnya kami sepakat utk ke Klinik Kesihatan kerajaan shj.. sebab lebih ekonomi.. hehehe..

Untuk pengetahuan korang, kita kena submit isteri kita di KK kawasan kita. Sebab nanti nurse2 tu senang utk buat lawatan ke rumah kita.. lagi pun dh memang prosedur mereka mcm tu.. So korang boleh la ke http://www.moh.gov.my/gov_clinics untuk menyemak senarai klinik yang berhampiran dgn tempat korang..

Aku nasihat kan supaya korang call dulu klinik tu utk pengesahn, supaya tak tersalah klinik, sbb aku dh kena.. masuk klinik yang salah, diorang minta aku ke klinik yg cover sekitar tempat aku..

Ape yang perlu dibawa semasa pergi mendaftar ialah, sebatang pen sijil nikah.. Dan sudah tentu la korang kena bawak isteri sekali.. hahaha.. Tu je..

Untuk keselesaan korang, baik pergi awal pagi.. ambik nombor awal.. sebab prosesnya memang lama, sekitar 2-3 jam. hahaha.. Jangan lupa utk sarapan dulu. Utk para suami, sangat lah penting utk korang caj talipon tu full, kalau ade internet tu, make sure internet tak kena bar.. standby la surat khabar / majalah. Ini sgt penting, kalau tidak.. tersangat la bosan menunggu isteri korang tu cek up..

Proses Pendaftaran Buku Ibu Mengandung

Korang sampai je klinik tu, terus je ke bahagian Ibu dan Anak, jumpa nurse yang bertugas di kaunter tu.. Normal la keadaan ketika itu, ramai ibu2 yg mengandung..dan tangisan anak2 kecil.. hehehe..
Aku pun menemani isteri aku ke kaunter tu, terus bagitau.. 

Isteri : Assalamualaikum.. errr nk tumpang tanya, mcm mana ya nk mendaftar buku pink?
Nurse : Wlkmslm (muka manis sebab awal pagi). Dah sah ke puan mengandung?
Isteri : Saya dh cek guna pregnancy test, naik dua color merah, tapi tak cek la kat mana2 klinik lagi.
Nurse : Oooo.. ok2.. tinggal di mana?
Isteri : Saya tinggal di xxxxxx...
Nurse : Ok.. nah ambil buku ni (hulur buku merah 2 buah). Isi kan tempat kosong di kulit buki ni... Nanti dh siap, serah semula kat saya, baru saya bagi nombor giliran.
Isteri : Terima kasih..

Senang kan? hehehe..
So, apa lagi.. keluarkan lah pen yang dibawa tadi, isi la buku tu.. cari tempat duduk yang sesuai utk menulis..
Cuma perlu isi data peribadi suami isteri je.. jgn la risau sgt.. basic information je..



Keadaan isteri aku tengah isi buku merah

Bila dh serah kan buku tu, bermula lah saat kebosana tu.. menunggu nurse tu panggil nama.. Dinasihat kan tuk berada berdekatan dgn kaunter tu, takut nanti nurse tu panggil nama, tak dengar pulak.. walau pun dia bg nombor gigliran.

Selang 30mnt, nama pun dipanggil, isteri pun pergi la mengadap nurse tu utk sesi temuduga.. hahaha.. suami boleh je kalau nak ikut.. Aku tak ikut, cuma standbya je kat kerusi berdekatan isteri aku.. Ape yg nurse tu tanya, hanya lah soalan2 yang simple.. takda pun soalan yg susah.. contoh: bila kahwin, bila tarikh period, kesihatan keluarga, suami merokok ke minum arak ke... tu je.. simple2 je..

Bila dh selesai tu, kena p ambik darah dan test air kencing isteri.. menunggu utk kali ke dua. hehehe..
Selepas ambik darah, isteri p toilet utk ambik sample urin (dibekalkan tabung kecil), kemudian serah kan ke makmal.

Beratur utk ke toilet

Menunggu di depan makmal utk keputusan ujian air kencing

Tunggu depan makmal tu dlm 5-10 mnt.. nurse tu akn panggil utk ambil keputusan ujian tersebut. Bawak pula keputusan ujian tu jumpa doktor..

Suasana bilik menunggu




Kedaan di dalam ruang menunggu

Menunggu lagi dlm 20-30mnt.. huhuhu.. Bila nama isteri dipanggil, isteri akan masuk sorang je.. suami jgn sibuk nak masuk.. doktor akan cek buah dada isteri dan tanda2 lain sekitar tubuh isteri kita tu.. Lama jugak aku menunggu, dekat 10mnt jugak..

Selepas tu, doktor bagi la sekeping kertas, utk dibawa ke farmasi pulak, utk ambik ubat.. ubat yg dia bg ialah acid folic.. berguna utk ibu yang mengandung..

Dah ambik ubat tu, buku merah tadi ke pulang balik ke nurse tu.. Klinik akan simpan 1 buku, satu lagi buku, kita bawak balik.. kat buku tu ada tulis tarikh utk apoinment ke dua pulak.. kiranya apoinment bulan depan pulak la..

Dah pun seatle.. korang dh boleh balik dengan gembiranya.. hehehe..

Pesanan : tak perlu bwk stroller / kereta roda baby. sebab menyusahkan orang lain.. ruang sempit, orang nak lalu lalang pun susah.. yang bawak baby tu, tolong la dukung je baby tu.. kesian ke orang lain sama...



1 comment:

  1. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete