Friday, 30 November 2018

Percutian Singkat Di Langkawi dan Penglaman Menaiki Cable Car / Skycab Langkawi.

Assalamualaikum wbt..

Saja nak share pengalaman bercuti ke Langkawi dan naik cable car / skycab di Langkawi ni. Sebelum ni pernah naik, tapi dengan kawan-kawan. Kali ni naik bersama isteri dan anak-anak pula.

Alhamdulillah kali ni ada rezeki untuk bawa keluarga ke Langkawi. Pengalaman pertama buat isteri dan anak-anak jejak kaki di Langkawi. Percutian yang tak dirancang. Main terjah je.

Kali ni bawa isteri dan anak-anak ke Langkawi menaiki feri. Saya naik feri dari Terminal Feri Kuala Perlis, Perlis. Kereta parking sekitar terminal ni. Parking tanpa bumbumg rm10, berbumbung pula rm15. Masa saya masuk area terminal ni, ada seorang jockey parking menaiki motor mendekati kereta saya, sambil memandu dia tanya "nak parking kat terminal ka? Rm10 tak berbumbung, rm15 berbumbung! Parking depan pintu terminal!". Mungkin sebab kereta saya nombor pendaftaran luar, dia pun dah boleh agak. Disebabkan saya dah tahu rate parking, saya terus je setuju, yang penting dapat parking depan-depan terminal 😜.

Terminal Feri Kuala Perlis.
Saya dah  beli tiket online, jadi saya terus ja ke pintu masuk terminal. https://ticket.langkawiferryline.com . Jangan lupa print tiket ye. Atau anda akan dicaj rm2 untuk print kat sana. Tiket kena print, sebab ada 'bar code' untuk masuk ke gate terminal. Harga tiket untuk dewasa rm18 dan kanak-kanak 3-12 tahun rm13. Bawah 3 tahun, percuma. Tapi kena pangku baby tu ye. Sebaik nya, beli ja tiket untuk setiap anak-anak tu. Lebih selesa. Seat dalam feri tu agak sempit. Nombor seat tak boleh pilih ye. Semuanya sistem yang aturkan. Tak boleh pilih nak duduk sebelah tingkap ke, tingkat atas ke. Sebaiknya beli tiket sekali semua, sistem akan susun semuanya sebaris. Kalau beli asing-asing, nanti duduk berpecah. Beg yang besar semua akan disusun di depan pintu masuk feri. Pekerja feri akan susunkan. Siapa yang masuk awal, maka begnya akan berada ke dalam. Makanya, nak keluar nanti, kenalah tunggu empunya beg depan ambil dulu ye. Beg-beg semua akan ditindih-tindih ye. Kalau beg banyak, empunya beg kena keluar feri dulu, nanti pekerja feri tu akan keluarkan semua beg-beg.

Terminal Feri Kuala Perlis.


Terminal Feri Kuala Perlis.

Suasana dalam feri.

Suasana di dalam feri.

Suasana di dalam feri.

Suasana di dalam feri.

Suasana di dalam feri ketika keluar.

Keadaan beg disusun betingkat dan bertindih di pintu keluar feri.

Hotel di Kuah atau Cenang?

Bermalam di Kuah.
Banyak pandangan kawan-kawan mengenai tempat yang susuai untuk menempah hotel. Ada yang kata Kuah dan ada yang kata Cenang. Bergantung pada tujuan kita ke sana. Nak membeli-belah atau nak santai. Tepuk dada tanya selera.

Pada saya, kedua-dua tempat ni ada kelebihan masing-masing. Kebetulan tujuan saya ke sana pun atas dasar tugas sambil bercuti, jadi saya berpengalaman bermalam di Kuah dan Cenang.

Pekan Kuah berdekatan dengan terminal feri. 10 minit berkereta dari jeti ke Kuah. Bagi yang gemar membeli belah dan makan, Kuah-lah tempatnya. Saya bermalam di hotel betul-betul dalam pekan Kuah. Senang, turun tangga hotel, terus masuk kedai shoping. Berbelas kedai bebas cukai sekitar pekan Kuah ni. Termasuklah cawangan Haji Ismail Group. Semuanya di sini. Setiap kedai harga lebih kurang je. Beza dalam rm1-10. Kalau larat, boleh la tawaf satu pekan Kuah ni.

Bermalam di Cenang.
Bagi saya, bermalam di Cenang lebih menyeronokan. Di sini pun terdapat kedai bebas cukai. Harga lebih kurang sama dengan Kuah. Banyak pilihan kedai makan, restoran, warung, food truck, KFC, McD dan banyak lagi. Kebanyakannya restoran fast food ni beroperasi 24jam. Kedai runcit 24jam pun ada. Hotel banyak pilihan. Dari murah hingga ke mahal. Pandai-pandai la pilih mengikut kemampuan. Kebanyakan pelancong tertumpu di sini. Suasan lebih meriah waktu malam. Seakan-akan Krabi. Airport terletak berhampiran Cenang. Bagi yang menaiki feri, untuk ke Cenang agak jauh. Sekitar 20km dari jeti.



Suasana waktu malam di Cenang. Ni je sempat rakam. Penat melayan anak-anak 😝.

Cable car / Skycab & Sky Bridge.

Benda wajib buat bila datang Langkawi ialah naik cable car / skycab. Walaupun gayat, nekad juga nak naik. Ada beberapa pakej yang ditawarkan semasa beli tiket cable car ni. Serendah rm40. Pakej asas ialah rm40. Ada 4 aktiviti iaitu skycab, skydome, skyrex dan 3D art museum. Saya cuma ambil pakej rm40 ni sahaja. Itu pun tak sempat habis layan semuanya. Sempat naik skycab dan masuk 3D art museum sahaja. Tak cukup masa dan penat melayan anak-anak ni 😜.
Makanan luar tak boleh bawa masuk ye. Botol air miniral pun tak boleh. Kecuali botol susu dan botol minuman sendiri. Di cek point akhir, ada cafe dan kedai yang jual air dan makanan. Harganya? Hehe 🀭

Pakej dan harga skycab / cable car Langkawi:

Pakej asas / basic.

Lain-lain pakej.

Skycab ni agak menggerunkan. Maklumlah, dia punya ketinggian, betul-betul mencabar keberanian kita. Gayat ooo. Bukan kata istighfar, siap mengucap lagi sepanjang naik skycab ni. Perjalanan dari bawah hingga ke atas lebih kurang 10minit. Paling takut masa nak sampai ke cek point pertama. Dia punya tegak, adoi. Masa nak skycab ni nak keluar dari stesen pun, dia punya gegar, aduh. Dah lah meluru je keluar πŸ˜₯. 

Suasana di dalam skycab:




Suasana di puncak. Cuaca dingin dan berawan:









Sky Bridge.

Bila dah sampai di cek point akhir, ada pakej lain pula. Iaitu menyeberangi sky bridge. Ni kena bayar kat atas ye. Ada 2 pilihan untuk ke sky bridge ni. Sama ada berjalan atau pun menaiki sky glider. Harga untuk jalan kaki, rm5 dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak 3-12 tahun. Untuk sky glider rm15 untuk dewasa dan rm10 untuk kanak-kanak 3-12 tahun. Kalau anda bawak kanak-kanak, saya syorkan naik je sky glider. Kalau tak, hadap la naik turun tangga sejauh 10minit jalan kaki, bergantung pada stamina masing-masing😜. Boleh tahan tegak juga nak mendaki tu. Letih ooo.

Suasana di sky bridge:








3D Art Museum.

Terdapat berpuluh gambar 3D di dalam ni. Tak sempat nak rakam semua. Anak dah meragam, penat. Lagipun nak kena tunggu orang lain bergambar dulu. Nak bergambar bukan senang juga, kadang-kadang ada orang lalu lalang depan kamera kita. Sebab gambar disusun bersebelahan.
Nak masuk kena buka kasut. Makanan dan minuman tak boleh bawa masuk. Semua ditinggal dan dibungkus di pintu masuk muzium.

Susana di dalam muzium:













Tip: Kalau beli tiket dekat agen luar, harga murah sikit. Beza dalam rm2. Banyak agen-agen yang jual pakej ni. Di Kuah dan Cenang pun ada.


Alhamdulillah. Setakat ni sahaja perkongsian saya. InshaAllah akan datang balik untuk habiskan semua tempat menarik di Langkawi ni.

Assalamualaikum.


1 comment:

  1. Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete